Thursday, January 23, 2014

hidup duri dan madu

Aku insan biasa.
Bukan biasa yang sempurna.
Aku naif, aku khilaf, aku daif.
Setiap sifat ku bukanlah sepenuhnya kebaikkan.

Kadang benci menghurung diri.
Kadang marah membelenggu hidup.
Aku mendoakan kebaikkan terjadi.
Aku juga mendoakan keburukkan terjadi.

Aku mungkin anak yang derhaka.
Aku mungkin anak x mengenang budi.
Setiap langkah ku menuju.
Aku mencari jalan menebus dosa.

Mungkin mahligai keluarga ku tidak seindah mereka.
Namun setiap detik kasih sayang mereka ku semat semuanya.
Aku bkn macam mereka.
Berani untuk bersuara, memberontak.

Aku cuma diam, kata-kata ku ku semat dalam hati.
Terasa berat, namun luaran ku kuat.
Minda ku berkata bertahanlah.
Aku tidak bersyukur pada tuhan.

Aku rasa malu, kerana Allah sentiasa ada.
Ada untuk menjauhkan aku dari menjadi songsang.
Kadang aku bertanya kenapa aku.
Kadang aku bertanya,
Jika aku kuat untuk bertahan.
Kuatkan lah aku untuk menentukan yang terbaik.

Aku buntu dalam memilih dosa atau pahala.
Adakah menjadi dosa jika aku bersuara atau diam.
Apakah aku hidup untuk melihat semua ini.
Adakah aku mati untuk menghitung dosaku.

Sampai tahap aku benci.
Sampai tahap aky menyesal.
Aku berdoa agar Tuhan kuatkan imanku.
Jauhkan ku dari dendam, iri,dan dengki.

No comments:

Post a Comment